Inisiatif penyelesaian bekalan air di Raub
29 November 2019

Inisiatif penyelesaian bekalan air di Raub

Timbalan Menteri KATS YBM Tengku Zulpuri Shah mempengerusikan mesyuarat bagi penyelarasan projek-projek mengatasi masalah kekeruhan air dan penambahbaikan bekalan air di daerah Raub, Pahang.

Sebanyak RM3 juta peruntukan diluluskan bagi penambahbaikan bekalan air, manakala peruntukan secara pinjaman RM18 juta telah dipersetujui secara asas bagi mengatasi masalah kekeruhan air mentah.

KATS berharap masalah bekalan air yang melanda penduduk di daerah Raub dapat dikurangkan dengan pelaksanaan projek-projek ini.


 






Attachments